Monday, August 30, 2010

HappY BirtHdaY LaLink!~

Buat Syarfina Othman,

selamat hari jadi untukmu,
biarpun kita jauh berbatu-batu,
kau sentiasa di ingatanku.
meskipun biar byk dugaan kau hadapi,
aku tahu kau boleh atasi,
kerana kau insan cekal yang ku kenali.
kaulah teman suka dan duka,
segala kenangan kita bersama,
akan ku simpan selagi terdaya.
walau apa pun rintangan melanda,
percayalah satu perkara,
kau disayangi Yang Maha Esa.
biar apa terjadi,
kau tahu aku ada di sisi,
untuk sentiasa menemani dan memahami.

Selamat 23 Hari Jadi.





love the way you are.
.
.
.<3

Saturday, August 28, 2010

Aduh mati!! [Pt 3]

salam...

uwuwuwuw..
hari kames hr tu mmg hari paling suwey kot bg sy. mcm2 dah berlaku. design hilang lah, ape lah..

sy nk cite pasal ape yg jadik lepas design tuh hilang..

sy agak sy nk g jmp Dr pukul 2 kan. tp alih2 sy sendiri yg postpone suka2 hati pukul 4. our meeting mmg fixed hari kames. pukul berapa x kesa. sbb dia mmg free. mmg da dkt pukul 3 tuh, setelah design sy hilang beberapa jam lpas sy pulun siapkan. 30% siap..hmm. not bad. dgn redhanya sy print out and then bru sedar rupanya byk silap. block terabur x edit, dimension utk parts x ade. ish2. tp kan, sy redha je. dia nk ckp ape jap lg pandaila haku goreng,.

pukul 3 baru pegi mandi. siap2 packing laptop baju busuk dan kerja2 sekolah lalu sy turun dgn lahapnya. beg disandang dan di tgn ade dsgn yg dah print beserta buku log dan THERMOMETER.

alkisahnya, sy syg sgt2 kat termometer tuh. siap bg nama lg. MATTY. rege murah je pown. rm20 jek. kalau x psal projek nih,mmg sy xkn ade termometer. owh2. syg sgt..

hah. back to story. tgh sebok2 nk letak beg laptop ngan beg baju busuk dalam bonet keta kan sy rasa x sedap hati dah. ok . sbb cuak lah kot kan. kt tgn ni ade lg ketas dsgn dgn Matty. nk tutup bonet last2 ntah camne Matty leh jatuh pulak! herrkk. tergamam beruk kejap. sy tenung je. xde perasaan nk kutip balik. sbb tgh pikir "erk! pecah ke x. pecah ke x?". sbb pe tatau pecah ke x? sbb Matty duduk dediam dlm casing nya. ok i thought ade casing mmg secure la. x pecah kot. sbb tu ade casing. nk protect. angkt2 terus kachiwa sbb Matty really pecah!! OMG. gerammmmmmmm.

wuwuwu.. sy menangis dlm hati.. dah sekian lama ak jaga kau dgn kasih sayang tetiba hari nk pegi show off kau dkt Dr terus kau pecah tau.! huk3. Matty pecah bhg 3. alahai. ok dah2. x guna nk nangis. mmg diri sendiri yg careless. nk amek gmbr Matty pon xde kamera. fon mura la katakan. huk3. dah x panaskan keta dah. sbb hati dah panas. sy pecut g bilik Dr. ketuk2. xdek org tua nih? hampes. nk tunggu ke nk call? ok2. call lah sng cite.

sabar je tgu dia angkt fon. borak pny borak last2 tau ape dia ckp? dia ckp x ade kat Pekan! ugh haiiii... tetiba panas je muka. ok fine. dah terkena dah. pulun2 buat design sekali xde rezeki daaaa...

k fine. sy x agak2 dah. dalam hati ni dah gumbira, marah pown ade. trus otak melayang teringat rumah. dlm kepala ni mcm2 da pikir. ape nk jadik lak pas nih pulak. dgn termometer pecah, hati ni dah x tenteram dah. tgh syok2 bwk keta bru sedaq minyak xdop pulop!

oh2, xpe. caltex dekat je. haishhh! bru teringat sesuatu. duit ade 2 henget je dlm wallet. addooii. minyak ni mmg da paras2 idong dah. sbb seminggu dah x isi. dok hostel pon bukn gerak sgt pon keta. nk g bndr, jauh. pikiaq nk cucuk kt caltex. eh la. caltex ni ne de atm lak. terpaksa lah pegi petronas yg jauh tuh. redha2.

selamat isi perut keta terus balek. tetiba jmpa lak tembikai tepi jalan. orait gak kan beli tembikai sebijik dua. katanya manis. tp tu lah, kata2 x semestinya betol kalau xde bukti. mmg hangin bila balek terus belah tembikai tuh. pucat gile. mama dgn kakak dah gelak kaw2. asek perli je. "madu".....sbb sy dgn rakusnya sampai2 umah terus cakap "tembikai madu!". hakikatnya tembikai yg abah beli dlm peti tu lg merah menyala nk banding dgn i pny. caaiiissss..

pe nk ckp lagi.

sy seorg yg kesian di hari khamis itu.

tambh pulak mama ckp kereta yg sy pakai masa sem lepas tuh accident. kereta tu my sis-in-law to be yg pakai. katanya tiang letrik hempap bonet. kalau dihempapnya driver yg cantik jelita tu kan x ke naya. umm. keta tu ke yg suwey? dah msuk 3 kali accident dlm masa x smpai 2 tahun. penin2.

orait2. penat dah ni. nk buke nasi goreng kampung 2 pinggan hari ni. moga x suwey mgu dpn.

selamat berpuasa semua!
.
..
...

Wednesday, August 25, 2010

Aduh mati!! [Pt 2]

ye3...

mmg mati ye....

as i shout dkt fb ku punye status, "my design is gone!!"

uwwwaaa...gone dah satu hal. nk ngadap muka Dr jap lg pe cite nih? huk3.. penat je ak buat semua mendalah tuh. dan semuanya pegi tanpa izin daku! ini mmg berat dah nih. dah tertido semalam mmg x dpt dimaafkan. lg teruk bila design ni x nk rajin2kan diri wat awal2. mmg x dpt nk dimaafkan.

ape boleh buat? padan muka.

ni semua gara2 ak tertekan butang 'esc' td. galak sgt dok mating2 component dalam solidwork ni alih2 jari yg mmg dah ready kt butang escape menggraviti. adeshhh. hang!! pas hang pe lak jadik? opkos la burn. bangek.. bukak2 cari2 godek2 mmg x ade okeh. x sep. geram, marah, sedih, hiba, pilu, tensi, cuak, takot....seme ade lah.

ni mmg pengajaran la nih. laen kali sep la dulu. ngeng.

cane? pe cite nih?
.
.
.
.
.
.
.

Aduh mati!!

salam.

adesh.
hr ni mmg suwey kowt.

ummm..umm..umm..design x siap lagi! uwwaaa.....

mlm td konon2 berazam nk siapkan design sblm 8pg hr ni. aiseh rupa2nye boleh pulak tertido bgun pukul 8pg pulak tuh. sahur dgn solat jgn ckp la. mmg out of story. geram betolll. 2 hr ni mmg x terbgun sahur lah. mentang2 dah nk balik rumah, sahur tu dah sah2 mama yg kejutkan punye. ini duduk sendiri2 ni bunyi alarm phone pon mcm dah nazak sgt. fon tu nazak atau ak yg nazak? heshh. telinga ni lah. x dgr alarm. huhu. roomate pon sama. ktorg ni ade mslh alarm-deaf kot (haha.istilah sendiri). dah camne tuh. 2 2 pon x terbangon.

pe cite design ni pulak..! adesh. nk x nk kene la struggle wat design nih. janji nk show pukul 10pg. but now? pukul 10pg tgh chaiyok2 nih. huhuhu. kene postpone pukul 2 lah nk hantar complete. tp kalau kul 2 pon x siap agy cane lak. nk alek umah kul bape lak. nk sampai uma sejam dua gak. xkn nk postpone alek umah esok kot. oh2. neva. ak dah janji dgn si dia nk alek ari nih gak. nnt majuk lak..

tp dalam bz2 ni sempat lg tulis entry nih. hasam betol.. lepas tension sikit lah.

ookeh2. smbung!

daa.
.
.

Tuesday, August 24, 2010

hari ini-24/08.jam1920

seperti yang tertera di atas,

pada hari ini, 24 Ogos 2010, saya dengan ini melancarkan 'peperangan dalaman'.

perang ini termaktub dgn sendirinya pada jam 1920.

perang ini adalah berikutan rajukan angkara dipinggirkan dan dilupakan.

dan dgn itu, segala ajakan untuk berfoya2 selepas ini akan ditolak serta merta.

p/s: jgn ajak saya going out tgok wyg, main boling, makan segala.. saya dah tawar hati. saya sedar sapa lah saya ni. sy pon xkan ajak anda kemana2 lg. sbb selama ni pown saya yang terkedek2 terhegeh2 nk ikot anda semua. saya akan buat hal sendiri mulai hari ini. saya mintak maaf byk2 kalau ade yg terasa.~
.
.
.
peace.

Monday, August 23, 2010

hati takkan puas

assalamualaikum.

waduh, dah lama x sentuh blog ni.
yerrr...xdela lama sgt. haha. sape la nk bace blog saye.

baru2 ni sy dpt satu perasaan gumbira. dah lama x gumbira. tp slowly perasaan tu pergi. sama mcm waktu dulu. waktu baru nk mengenal hidup. waktu di mana kita mula memberontak memprotes ckp ibu bapa. itu saya. saya kuat membantah. tp dlm diam.

saya menerima kehadiran insan sy syg. ramai org sy syg. tp hadirnya sekejap. sekejap x apa. tp bila dah lama 'melekat', tiba2 pergi, rasa mcm x puas. itulah hati. tak akan puas dgn peluang. sy bercakap tentang kakak sy. sy syg dia mcm dia syg saya. kami terpisah sejak kecil. bila dpt peluang berjumpa, pasti x disiakan peluang tu.

pelik kan. kdg2 manusia x hargai ape yg di depan mata. cth mcm adik beradik sendiri. anda di luar sana, anda bertuah. sbb anda ade insan yg anda syg di sekeliling anda. tp anda hargai atau x? sama ada sedar atau x.. sy ambik satu situasi, adik beradik berperang sama sendiri, pasti ayat ni akan terluah juga "serabut lah kau! xde adik pon xpe mcm ni".......... tp kan, ade lg ke relationship yg goyah mcm ni? harap2 xde. sbb dr pengamatan dan kajian sy, mcm tu lah yg terjadi. tp kebanyakan skrg org dah blh bertindak dlm kawalan. di mana kedudukan keluarga stabil dan kukuh. ikatan kekeluargaan yg diajar dlm sesebuah rumahtangga mempengaruhi anak2 dan mereka belajar menghargai. tp bkn semua kan?

hati sy x puas. sy ditakdirkan jauh dr adik beradik ibu ayah sy namun sy tabah sekali. sy ade pengalaman yg jrg org lain ade. org lain hidup normal. bkn sy kata sy x normal. cuma lain sikit. sy dah lali sejak zaman sekolah rendah lg. teringat zaman buku rekod dulu. nama sy di buku rekod tu berbintikan org lain. bkn ayah saya. bila belek2 balik buku tu, kami tertawa. betapa cikgu2 sy dulu sgt keliru dgn binti sy sampaila mereka kene refer tgk surat beranak. mmg kelakar kalau diimbas2 balik. kdg2 ayat mereka, "ayah awak nama apa? kenapa bkn penjaga awak?" haa.... tu lah kesahnya. sy kan dijaga org laen. jd mereka igt penjaga sy ialah ayah saya. x.x.ayah org lain, penjaga org lain. selalu penat juga nk explain. dan kwn2 kata sy lain dan pelik. sy ckp saya ade 2 ayah. sy juga ade 2 emak. bertuah bukan saya?

dulu mmg hati sy x puas bila dpt peluang berjumpa keluarga asal sy. sy happy sgt2 smpaila jd sedih sgt2. tp sy x sedar. sy seorg yg bertuah. sy ade byk family. sy lain dr org. skrg sy dah besar, sy ade tanggungjawab besar. sy bangga. sy belajar utk menghargai insan2 sy syg. sepenuh hati. dan dgn hati yg puas!
.
.
.
p/s: mereka selalu pesan kpd saya satu benda ni, "no matter what, JGN tinggal sembahyang tau! x kira senang susah kene sembhyg jugak. itu tiang agama. mcm tu jugak kalau nk cari calon, x pyh nk cari muka cantik2. cukup dgn sembhyg sudah, dan boleh bimbing kita"
=)

Tuesday, August 10, 2010

psm

salam..

wah3. arini mood baek. sbb jap lg nk pegi pasar malam. wuhhuu. i like2!

tp satu benda jgn dilupa. PSM la....
lately sgt gila kat psm. sbb tatau nk wat camane dah. nk design bg gempak rasa mcm x mampu pulak..
ahh..layan.


hek eleh.sikit ni je pown da nk belagak post kat blog lak.




ok time ni mmg dah buntu tahap gaban. bkn pape pon. mmg dah dasar malas tu, malas jugak lah.

*dgn muka yg bulat dan lobang idong yg luas. hahaha. saje je nk show off.


oh. bila ek agak2 nk serius buat psm nih. esok dah nk puasa. dah time puasa nanti agak2 cam letih rr konon2. pastu terbengkalai lagi. adeshh.

dah2. nk g buat psm.

erkk.ape motif ak buat post ni ek.

*SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua umat Islam di muka bumi ini. Moga dikurniakan hidayah dan petunjuk. Moga bertambahlah amalan2 sbg bekalan di sana nanti. Amin.

Monday, August 9, 2010

Perpisahan satu pengajaran~


pernah putus cintaa?

tiba2 rasa mcm nk share pasal love dan segala yg berkaitan dengannya. siapa penah bercinta tau la pedih mcm mana berpisah tu. pedihnya perpisahan tu ibarat pasangan kita dah mati. ak penah rasa pedih yg amat. tp yg salah ak jugak. sapa suruh mintak putus. baru la tau langit tinggi rendah. rupanya ego lelaki ni memang super duper. sekali dah ludah memg x boleh nk jilat balik.

tp sape la nk paham hati kita yang pedih bagai dihiris. kita asyik pikir hati kita je, hati psgn kita mcm mana. kita menangis bgai nk rak pown, kita asyik nk blame psgn je. sapa tahu, psgn kita tu terkena penangan yg amat. tp ade je org ambik jalan singkat. suicide. kdg2 pikir, bodohlah dorg nih. pasal cinta je sanggup gadai nyawa. knape kena mcm tuh ek. psgn tu segala2nya ke bg kita?

kalau nk cerita pasal ak, mmg sayu pilu rr. ak rasa ak dah bersedia nk hadapi ape kemungkinan masa depan. perpisahan. ak rasa ak dah lali. bak bait2 lagu S.Jibeng, tak guna bersedih, tak guna kenang lagi............ tp ak percaya, masa betol2 mainkan peranan. selama mana kita bersama dia selama tu lah kita ambik masa nk lupakan si dia. betol. IT TAKES TIME.

ak tabik dgn diri sendiri. sbb ak boleh cope hidup dgn kenangan je. kenangan tu indah sbnrnya. kita x boleh nk undur balik. tp cubalah selam, kenangan tu yg buatkan kita lupa duka kita. memang ak dah suffer byk. ak asyik nk blame dia. ak memg pentingkan diri. tp aku lupa. aku lupa ape yg dia suffer. ak lupa dia byk makan hati dgn ak. ak lupa dia byk berkorban. kami dah byk lalui suka duka bersama. baru skrg ak sedar, ak cuma nk amek kesah perasaan marah ak aje. tp perasaan dia yg pedih terluka sbb perangai ak pulak mcm mana? betullah dia makan hati. dia dah toleh depan, dia xkn toleh belakang nk tunggu ak lg. ak pulak terkapai2 harapkan dia toleh ke belakang, tunggu ak sampai. mmg dia betul2 keras. n mayb dia fikir, kalau relationship ni berterusan, hati dia x dijamin bahagia. till now ak mengejar? ak admit ak still lagi mengejar. tapi ak diburu bayang2 kenangan lama. i was left behind. pengorbanan ak buat worth takat tu je. ak pulak hidup diulit kenangan beranyamkan kepalsuan.

kejar punya kejar sampaila dia dah petik bunga laen. oh peliss. xkn ak nk kejar lg. kat situ ak dah sedar. jgn lah kejar lagi. mungkin dia dah buang segala2nya. dia cuba bina hidup baru. ak xkn halang. ak berhenti berlari. ak cuma boleh lihat dr jauh. rupanya worth. dia menggamit dari kejauhan. oh. rupanya dia x pergi dgn dendam. ak tabik.

tp hati cakap ape? hati cuma boleh cakap 'SAKIT'....

pujuklah hati. hati boleh dgr punye. hati pon kata 'SABAR'... berpisah bkn the end of life. itu mengajar kita jadi lebih tabah. bkn lagi sengsara. itu dah buatkan kita menguji diri sendiri. oh. ak dah matang rupanya.

lately, ak dah mcm jd pakar perunding hubungan pulak. drpd nk develop sampaila nk breaking up.. tp percayalah, kata hati sendiri perlu dipercayai. jgn ikot ckp org.

yes. breaking up is difficult. senang je nk handle kes mcm ni. doa byk2. moga ditemukan dgn jodoh yg bertaqwa dan beriman.

p/s: ape kate lepas nih nk wat style mcm ni pulak. ade org tgh yg main peranan 'pasang-memasang'. lebih seronok mcm tu kowt. dah serasi boleh kawen. huhu. drpd buat dosa kehulu kehilir dgn jantan bukan muhrim!
.
.

Wednesday, August 4, 2010

Addicted!

jeng3..
lately ak sgt happy mengerjakan PSM ku. wuuu.. seronok rupanya psm ni kan. dan skrg ak masih berkurung diri semata2 demimu. betol. x pegi mana2 2 hari ni. semalam pown ade gak hamba Allah ajak kua town la, men boling la, wayang la, makan2. eip2. how dare korg kacau gua sementara gua masih bermood2 selesa utk psm gua. fuh. tabahkan diri. sabor2. ak pulak sedap mulot berjanji dgn Maisara nk jmpa hari senin arituh, now da ari kames sure bengang ak x dtg2 jmpa dia lg. actually ak ade option. kalau senin x show up kames la kene hadap muka dia. tp kan, mana siap lg seme tuh. ak janji ak siap hr nih. esok bru buat suprise 'tadaa..'. ape nk jadik pon jadik lah. da siap design ni ak pny suka hati nk pegi mana2. weehhoo.

meh2. ak nk tunjuk sikit menda ape ak nk wat.

wo...pe mendalah nih. heh. ni lah kalau nk tau, org panggil Shell-and-Tube Heat Exchanger. mendalah ni sgt byk digunakan dlm industri dan juga sgt penting.

Nak watpe ngan mendalah ni?
-mendalah ni gunanya dalam industri yg provide flow of thermal energy antara dua liquid pada suhu berbeza. lebih kurg mcm nk low down suhu yg panas.

Kat mana selalau jumpa menda ni?
-mostly in industry, mcm air-conditioning, refrigeration, waste heat recovery.etc.

Camane nk wat mendalah ni?
-huu..first sekali g la survey dlu harge brg2. material ape nk pakai. ak decide nk pakai zinc sheet utk body, head, baffles, inlet/outlet, then pakai byk copper utk tube.byk lg brg x beli, dan x dpt nk beli sbb x tahu kt mana ade jual.. wuwu. susah2. pasni dah dapat seme bebrg nih, maka kerja2 pemotongan dan welding akan bermula. yahhh.

Brape cost agak2?
-overall, anggaran dalm 400-500 RM. (woo.mahal tuh)

Bila boleh siap?
-eh2.mcm soalan customer anta keta kt woksyop. oh, xpun mcm nk g anta baju kat tailor., xpn mcm...mcm2 lah. haha. umm..bile ek.. of course la sblm presentation.heheh.

Agak2 psm dpt brape sem nih?
-eish..susa nk jwb tuh. sem lepas pon dpt suam2 je. ni kalau main2 mmg mati.

oh2. kene usaha keras lg utk psm nih. n i m really into it.

love2.
daa.....
.
.

Tuesday, August 3, 2010

I Gotta Feeling..wuhhuu

i gotta feeling..

happy..mayb?
ermm..he came all of a sudden. made me waiting everyday. pagi,tgahari,ptg, always wit him kot. mlm nope. i need privacy jugak. heh. he entertains and teases every time. tp apakan daya, kami belum pernah bersua muka. nk jmpa? naa. kene fikir byk kali dulu. stakat sjauh ni dah kira ok kot. x perlu nk memanjang2kan lagi. belum masa nk pikir. ciss.umur da lanjut2 xnk cr jodoh lg. eish. biarla ak establish dulu.
jodoh? errr,,susahnya nk ckp. sbb tu keje Tuhan. kalau ade, ade la. kita sbg hamba, hny blh memohon jodoh yg terbaik je kan.
dear Mr S, kalau de jodoh x ke mana tau..huhu.kalau xde jodoh, mungkin ade lg yg lebih baik utk kita kot.

Monday, August 2, 2010

Alkisah Lelaki2 Gatal UMP dan durian..~

nite2..
nk tdo da ni.. penat pegi merantau ke pekan malam2. walhal pegi beli buah je. ahak. setelah melantak beberapa biji durian dan aiskrim satu bekas, kami berempat pon bersurai, demi katil yg tercinta. wuhhuu. byk cerita yg nk diceritakan. tp masa dan keadaan x sesuai. ishh. kene halau balik lak tuh. hahahah.

ape kisah pulak pasal lelaki2 gatal tuh? jeng3. ni nk cerita ni..ade ke patot.td kami lepak2 kt kereta smbil2 borak menunggu 2 org lg makhluk Allah. tetiba ade satu kereta ni lalu kt area carpark kami. park ni mmg dpn blok kaum wanita. open gitu. tetiba je cam dgr dialog x sedap, memandangkan mereka bukak tingkap, memg clear lah ape yg dorg ckp,.. lebih kurang ayat dia camni arr,
"wei..slow sikit wei. nk tgok awek. mana tau ade tgh pakai bra ke ape ke"
ya Rabbi. xde keje laen ke mereka nih? aish.. mmg nakal kan. bak kata kwn sy, semua lelaki nakal. ye ke mcm tuh? huhu. ade ke lelaki kalau nmpk pompuan seksi x pandg langsung ek? umm..musykil.

memg x senonoh la dorg nih. benci betol. kalau da gatal sgt kawen je lah.hishh. gatal8!!~
lupekan lah pasal korg. xde kene mengena dgn ak la kot.hahah.

lg satu yg best nk story kan, mlm ni kawan sy propose okeh. dpn kami semua terus tanya, nk kapel x. hahahahahah...deal. nak2! klaka betol. ehem2. hope korg bhagia tau. sukkeee sgt =)...disebabkan itu, sy pulak yg x blh tdo mlm. sbb gembira..hahah. mcm ni ke org propose. hahah. propose sambil mkn durian. ngeh2~ neway. sy happy tau.

k lah..even happy pon, sy kene tdo jugak.

daa..
.
.

Sunday, August 1, 2010

m00d sy baek ini hari ;)

sy bru je smpai Pekan..
wuhhuu.penat tak terkata..
tp sy PUAS.
puas sbb dpt menabur bakti di rumah. tak pernah sy serajin ini. sbb kan, sy da tolong mama dgn byk hari ini.sy cuci halaman rumah dgn gigih. sy punggah semua brg dan himpun atas jalan tar. moto 3 bijik sy susun cantik kat luar. sgkar kucen 3 bijik sy tindih2. sy pon mula memproses halamn rumah dgn jayanya. mcm mana sy tahu sy berjaya? sbb mama x komplen. kalau tidak, mest da bising. da habes cuci lantai laman, sy pon pegi cuci pinggan mangkuk yg bertimbun2 pulak. sgt hepi. sbb tatau knp sy sgt rajin. pastu pegi jemur kain yg bertrip2 tuh. dan seterusnya. sy pun heran knpa flow kerja sy sgt lancar hari nih. sy packing pon sekejap je. kalau x, sy memg jenis kelam kabut nk packing. ehmm...wonder2. last keje yg sy buat sblm bertolak ke U, sy cuci luka kucen2 kesygn sy. momo n oren. both suffering from luka akibat gadoh2. momo the worst coz pipi nya berlubang sebesar 1inch in diameter. kene bersihkan elok2. oren pon same, luka lepas mata nya membengkak dan kantung darah dalam mata meletup.boof..mcm air paip. pity them. i will look for them again next week mayb.,. uhmm..afta that, i loaded my car with stuffs yg karut marut. tikar la, meja komp la.etc. aishh. mcm nk pindah rumah. tp xpe. yg penting sy puas hati. lpas mintak izin nk balik, sy pon singgah ke tc sbb nk beli kfc rumet sy. thank God sy awal smpai kat tc, a minute sy melepasi satu pub kat situ, tiba2 pokok tumbang. sy sedar pon masa sy terlepas dr azab queue-ing kat kfc drive-thru. Gosh. teruk sgt2. dan sgt bahaya. kabel elektrik kat situ merintangi jalan raya. in fact, it laid there. mcm mana nk lalu? mujur kereta sy rendah dan boleh jugak nk menyelinap sedikit sebanyak. kereta besar dr sy mmg malang sesgt. sure jammed ni. then sy xnk buang masa sy pon memecut ke destinasi seterusnya.Pekan.heh. sy x singgah mana2 lg dah. huhu. sy sampai di kolej dgn hati yg gembira sbb x sabar nk pasang tikar baru. ade jugak perasaan rindu pada 2 ekor tersayang. i'm responsible for them. huhu..

sbb mood terlalu baek, sy nk buat psm.

dan bukti mood sy baek hari ni ialah, sy menggunakan perkataan 'saya' dlm entry kali ini. tskk..

.
.
.adioss..hope hari-hari mood baek.
.
.