Friday, September 24, 2010

My Nu Baby

Burpp.
Alhamdulillah.
huhu. sungguh x senonoh bila starting je dah menge'burp'kan diri. heh. x apalah. mcm lah korg x burping kan.

oh.oh. by the way, selamat hari raya.!(terlambat ke aku ni?). mohon seribu keampunan jika ade tersilap kata terguris perasaan sapa2 yg rasa diri mereka dianiaya oleh aku selama ini kan. aku kan jahat orangnya. hahah. (x ikhlas). eishh2. x. betol2. ikhlas.! sory sgt2 kat anda2 semua. time mcm ni la nk bermaafan. typical kan. hari laen mcm berat nk mintak maaf. konon nk tunggu hari raya. kalau sempat mati dulu camana? uhuk.

oh. raya? x best lah. sbb x balek kampung. first time raya kat rumah. huhuhuhu. tp xpelah. belajar x balek raya. mana tahu nnt da further study kat oversea mmg x balek raya la kot. pitih2!! hahah. kalau pitih sng dpt mcm cabut bulu keti xpe gak. (erk!). um. biasa2 je. duduk rumah, mkn kuih raya sendiri, maen2 kucing, tgok tb, da boring tgok tb gi pulun tdoq pulak. org sebuk2 beraya kite 3 beranak boleh bantai tdoq. alahai. umm. tp adela raya 2 3 bijik umah. xdela dok peram bontot lam umah je kan. hahah.

oh. kuceng! aritu we got visitor dr planet mana ntah. comey. upe2nye gf si oren. mana dia jmpa ntah. siap bwk balik rumah.


ini oren aka bapak budak



da gf. aka PUT mak budak.

**********************

dah bawak balik umah satu hal. beranak pulak satu hal. haishh. dpt lagi cucu cicit.











haha. buat khianat skali skala kat bebudak ni syok gak kan.

k fine. skrg bebudak ni pon dah besau. pandai cari makan, berak bertempat (kdg2). tp kalau bab makaaaaan, mcm org gila. err. kucen gile. kene sepak pon x ape. asal dpt mkn. bila da dpt makan, nk sepinggan sekor lak tuh. hampeh. dah lah menumpang. nak x nak kena la divide gak makanan sekor sepinggan. demand!

kesahnye, satu hari tetiba ade pulak hamba Allah ni lalu dpn umah. x semena2 mengaku kucen die. eh2. ak bengkek dah ni. ingatkan dia nk tuntut la kan. ak penat2 jaga golok gadai bg makan, korban psm ak tiap2 mgu semata2 nk take care menatang tu seme. heh. tp upenye dia kabo je tu kucen die. pk2 xpelah dah memg tu hak dia, bg lah balik kan. eh2. dah suruh bwk balik tuh xnk pulak! alasan konon rumah dia byk kucen da. takut nnt kalau bwk balik nnt si Put tu kalah makan. eh helo. makan time x penah si Put tu kalah ok. Momo hero kampung gagah perkasa tu pon boleh kalah dgn si cengeng tuh. betapa garang nk mampos minah seko nih. skali rebut makanan dia gi tampor2 sesapa yg cube kacau dia nak makan. mcm dia sorg lapo. haishh.

dah tu xpelah. hari raya ke brp ntah, dah nekad dah ni nk anta si Put ngan anak2 kt umah hamba Allah tuh. byk lah pulak soalannye. nk ambik balik raya ke berapa nih? sapa suruh anta?. eh2. sukati arr. kucen lu, lu jage arr. kucen lu tu buat kucen2 hero wa merana tau. asek kecut perut x senang duduk rumah. dah la kucen2 lu mkn byk. huhuhu. tp xdela ak ckp gitu kan. hak3. orait la. setel. esoknya kucen tu boleh ade balik dpn umah ak dgn anak2 skali. complete. haishh. xleh jd nih. ini mest keje hamba Allah tu dtg anto balik. cilakes. pasal ape ak ckp keje dia? sbb kan, kalau dia pasan kucen hilang dia mest dtg cr balik kt umah ak. ini x. senyap seribu bahasa. sah! keji gila buat cani. xnk, ckp arr. penat ak usung anto arituh. dah ar. naik darah ak cite sal makcik nih. (baru je bermaafan kat atas td. ahak.). lantas ak jd benci sebenci3nya kat Put anak beranak. sbb tuan kau tu sengal. kau pon sama sengal cam tuan kau gak.

x kesah r. lantak ko la Put. sbb ak da ade kucen baru. wekk ;p. jgn hrp ak nk main kau lg.






brrrr....geram gila kot ngan budak nih. nyam3.


ngeh. teka la mana dpt. teettttt. masa dah habis. ngahahah.

2morow for sure aku sampai rumah aku nk terkam si Babi, eh Baby ni dulu. miahahahha.
can't wait! sbb x sampai seminggu lagi dia jd penghuni baru.
.
.
.
adios.

p/s: tp xdelah kejam sgt aku ni kan. si Put still lagi dalam jagaan ak. so kena fair and square lah aite? x baek membeza2kan anak2. uhuuk2.


Monday, August 30, 2010

HappY BirtHdaY LaLink!~

Buat Syarfina Othman,

selamat hari jadi untukmu,
biarpun kita jauh berbatu-batu,
kau sentiasa di ingatanku.
meskipun biar byk dugaan kau hadapi,
aku tahu kau boleh atasi,
kerana kau insan cekal yang ku kenali.
kaulah teman suka dan duka,
segala kenangan kita bersama,
akan ku simpan selagi terdaya.
walau apa pun rintangan melanda,
percayalah satu perkara,
kau disayangi Yang Maha Esa.
biar apa terjadi,
kau tahu aku ada di sisi,
untuk sentiasa menemani dan memahami.

Selamat 23 Hari Jadi.





love the way you are.
.
.
.<3

Saturday, August 28, 2010

Aduh mati!! [Pt 3]

salam...

uwuwuwuw..
hari kames hr tu mmg hari paling suwey kot bg sy. mcm2 dah berlaku. design hilang lah, ape lah..

sy nk cite pasal ape yg jadik lepas design tuh hilang..

sy agak sy nk g jmp Dr pukul 2 kan. tp alih2 sy sendiri yg postpone suka2 hati pukul 4. our meeting mmg fixed hari kames. pukul berapa x kesa. sbb dia mmg free. mmg da dkt pukul 3 tuh, setelah design sy hilang beberapa jam lpas sy pulun siapkan. 30% siap..hmm. not bad. dgn redhanya sy print out and then bru sedar rupanya byk silap. block terabur x edit, dimension utk parts x ade. ish2. tp kan, sy redha je. dia nk ckp ape jap lg pandaila haku goreng,.

pukul 3 baru pegi mandi. siap2 packing laptop baju busuk dan kerja2 sekolah lalu sy turun dgn lahapnya. beg disandang dan di tgn ade dsgn yg dah print beserta buku log dan THERMOMETER.

alkisahnya, sy syg sgt2 kat termometer tuh. siap bg nama lg. MATTY. rege murah je pown. rm20 jek. kalau x psal projek nih,mmg sy xkn ade termometer. owh2. syg sgt..

hah. back to story. tgh sebok2 nk letak beg laptop ngan beg baju busuk dalam bonet keta kan sy rasa x sedap hati dah. ok . sbb cuak lah kot kan. kt tgn ni ade lg ketas dsgn dgn Matty. nk tutup bonet last2 ntah camne Matty leh jatuh pulak! herrkk. tergamam beruk kejap. sy tenung je. xde perasaan nk kutip balik. sbb tgh pikir "erk! pecah ke x. pecah ke x?". sbb pe tatau pecah ke x? sbb Matty duduk dediam dlm casing nya. ok i thought ade casing mmg secure la. x pecah kot. sbb tu ade casing. nk protect. angkt2 terus kachiwa sbb Matty really pecah!! OMG. gerammmmmmmm.

wuwuwu.. sy menangis dlm hati.. dah sekian lama ak jaga kau dgn kasih sayang tetiba hari nk pegi show off kau dkt Dr terus kau pecah tau.! huk3. Matty pecah bhg 3. alahai. ok dah2. x guna nk nangis. mmg diri sendiri yg careless. nk amek gmbr Matty pon xde kamera. fon mura la katakan. huk3. dah x panaskan keta dah. sbb hati dah panas. sy pecut g bilik Dr. ketuk2. xdek org tua nih? hampes. nk tunggu ke nk call? ok2. call lah sng cite.

sabar je tgu dia angkt fon. borak pny borak last2 tau ape dia ckp? dia ckp x ade kat Pekan! ugh haiiii... tetiba panas je muka. ok fine. dah terkena dah. pulun2 buat design sekali xde rezeki daaaa...

k fine. sy x agak2 dah. dalam hati ni dah gumbira, marah pown ade. trus otak melayang teringat rumah. dlm kepala ni mcm2 da pikir. ape nk jadik lak pas nih pulak. dgn termometer pecah, hati ni dah x tenteram dah. tgh syok2 bwk keta bru sedaq minyak xdop pulop!

oh2, xpe. caltex dekat je. haishhh! bru teringat sesuatu. duit ade 2 henget je dlm wallet. addooii. minyak ni mmg da paras2 idong dah. sbb seminggu dah x isi. dok hostel pon bukn gerak sgt pon keta. nk g bndr, jauh. pikiaq nk cucuk kt caltex. eh la. caltex ni ne de atm lak. terpaksa lah pegi petronas yg jauh tuh. redha2.

selamat isi perut keta terus balek. tetiba jmpa lak tembikai tepi jalan. orait gak kan beli tembikai sebijik dua. katanya manis. tp tu lah, kata2 x semestinya betol kalau xde bukti. mmg hangin bila balek terus belah tembikai tuh. pucat gile. mama dgn kakak dah gelak kaw2. asek perli je. "madu".....sbb sy dgn rakusnya sampai2 umah terus cakap "tembikai madu!". hakikatnya tembikai yg abah beli dlm peti tu lg merah menyala nk banding dgn i pny. caaiiissss..

pe nk ckp lagi.

sy seorg yg kesian di hari khamis itu.

tambh pulak mama ckp kereta yg sy pakai masa sem lepas tuh accident. kereta tu my sis-in-law to be yg pakai. katanya tiang letrik hempap bonet. kalau dihempapnya driver yg cantik jelita tu kan x ke naya. umm. keta tu ke yg suwey? dah msuk 3 kali accident dlm masa x smpai 2 tahun. penin2.

orait2. penat dah ni. nk buke nasi goreng kampung 2 pinggan hari ni. moga x suwey mgu dpn.

selamat berpuasa semua!
.
..
...

Wednesday, August 25, 2010

Aduh mati!! [Pt 2]

ye3...

mmg mati ye....

as i shout dkt fb ku punye status, "my design is gone!!"

uwwwaaa...gone dah satu hal. nk ngadap muka Dr jap lg pe cite nih? huk3.. penat je ak buat semua mendalah tuh. dan semuanya pegi tanpa izin daku! ini mmg berat dah nih. dah tertido semalam mmg x dpt dimaafkan. lg teruk bila design ni x nk rajin2kan diri wat awal2. mmg x dpt nk dimaafkan.

ape boleh buat? padan muka.

ni semua gara2 ak tertekan butang 'esc' td. galak sgt dok mating2 component dalam solidwork ni alih2 jari yg mmg dah ready kt butang escape menggraviti. adeshhh. hang!! pas hang pe lak jadik? opkos la burn. bangek.. bukak2 cari2 godek2 mmg x ade okeh. x sep. geram, marah, sedih, hiba, pilu, tensi, cuak, takot....seme ade lah.

ni mmg pengajaran la nih. laen kali sep la dulu. ngeng.

cane? pe cite nih?
.
.
.
.
.
.
.

Aduh mati!!

salam.

adesh.
hr ni mmg suwey kowt.

ummm..umm..umm..design x siap lagi! uwwaaa.....

mlm td konon2 berazam nk siapkan design sblm 8pg hr ni. aiseh rupa2nye boleh pulak tertido bgun pukul 8pg pulak tuh. sahur dgn solat jgn ckp la. mmg out of story. geram betolll. 2 hr ni mmg x terbgun sahur lah. mentang2 dah nk balik rumah, sahur tu dah sah2 mama yg kejutkan punye. ini duduk sendiri2 ni bunyi alarm phone pon mcm dah nazak sgt. fon tu nazak atau ak yg nazak? heshh. telinga ni lah. x dgr alarm. huhu. roomate pon sama. ktorg ni ade mslh alarm-deaf kot (haha.istilah sendiri). dah camne tuh. 2 2 pon x terbangon.

pe cite design ni pulak..! adesh. nk x nk kene la struggle wat design nih. janji nk show pukul 10pg. but now? pukul 10pg tgh chaiyok2 nih. huhuhu. kene postpone pukul 2 lah nk hantar complete. tp kalau kul 2 pon x siap agy cane lak. nk alek umah kul bape lak. nk sampai uma sejam dua gak. xkn nk postpone alek umah esok kot. oh2. neva. ak dah janji dgn si dia nk alek ari nih gak. nnt majuk lak..

tp dalam bz2 ni sempat lg tulis entry nih. hasam betol.. lepas tension sikit lah.

ookeh2. smbung!

daa.
.
.

Tuesday, August 24, 2010

hari ini-24/08.jam1920

seperti yang tertera di atas,

pada hari ini, 24 Ogos 2010, saya dengan ini melancarkan 'peperangan dalaman'.

perang ini termaktub dgn sendirinya pada jam 1920.

perang ini adalah berikutan rajukan angkara dipinggirkan dan dilupakan.

dan dgn itu, segala ajakan untuk berfoya2 selepas ini akan ditolak serta merta.

p/s: jgn ajak saya going out tgok wyg, main boling, makan segala.. saya dah tawar hati. saya sedar sapa lah saya ni. sy pon xkan ajak anda kemana2 lg. sbb selama ni pown saya yang terkedek2 terhegeh2 nk ikot anda semua. saya akan buat hal sendiri mulai hari ini. saya mintak maaf byk2 kalau ade yg terasa.~
.
.
.
peace.

Monday, August 23, 2010

hati takkan puas

assalamualaikum.

waduh, dah lama x sentuh blog ni.
yerrr...xdela lama sgt. haha. sape la nk bace blog saye.

baru2 ni sy dpt satu perasaan gumbira. dah lama x gumbira. tp slowly perasaan tu pergi. sama mcm waktu dulu. waktu baru nk mengenal hidup. waktu di mana kita mula memberontak memprotes ckp ibu bapa. itu saya. saya kuat membantah. tp dlm diam.

saya menerima kehadiran insan sy syg. ramai org sy syg. tp hadirnya sekejap. sekejap x apa. tp bila dah lama 'melekat', tiba2 pergi, rasa mcm x puas. itulah hati. tak akan puas dgn peluang. sy bercakap tentang kakak sy. sy syg dia mcm dia syg saya. kami terpisah sejak kecil. bila dpt peluang berjumpa, pasti x disiakan peluang tu.

pelik kan. kdg2 manusia x hargai ape yg di depan mata. cth mcm adik beradik sendiri. anda di luar sana, anda bertuah. sbb anda ade insan yg anda syg di sekeliling anda. tp anda hargai atau x? sama ada sedar atau x.. sy ambik satu situasi, adik beradik berperang sama sendiri, pasti ayat ni akan terluah juga "serabut lah kau! xde adik pon xpe mcm ni".......... tp kan, ade lg ke relationship yg goyah mcm ni? harap2 xde. sbb dr pengamatan dan kajian sy, mcm tu lah yg terjadi. tp kebanyakan skrg org dah blh bertindak dlm kawalan. di mana kedudukan keluarga stabil dan kukuh. ikatan kekeluargaan yg diajar dlm sesebuah rumahtangga mempengaruhi anak2 dan mereka belajar menghargai. tp bkn semua kan?

hati sy x puas. sy ditakdirkan jauh dr adik beradik ibu ayah sy namun sy tabah sekali. sy ade pengalaman yg jrg org lain ade. org lain hidup normal. bkn sy kata sy x normal. cuma lain sikit. sy dah lali sejak zaman sekolah rendah lg. teringat zaman buku rekod dulu. nama sy di buku rekod tu berbintikan org lain. bkn ayah saya. bila belek2 balik buku tu, kami tertawa. betapa cikgu2 sy dulu sgt keliru dgn binti sy sampaila mereka kene refer tgk surat beranak. mmg kelakar kalau diimbas2 balik. kdg2 ayat mereka, "ayah awak nama apa? kenapa bkn penjaga awak?" haa.... tu lah kesahnya. sy kan dijaga org laen. jd mereka igt penjaga sy ialah ayah saya. x.x.ayah org lain, penjaga org lain. selalu penat juga nk explain. dan kwn2 kata sy lain dan pelik. sy ckp saya ade 2 ayah. sy juga ade 2 emak. bertuah bukan saya?

dulu mmg hati sy x puas bila dpt peluang berjumpa keluarga asal sy. sy happy sgt2 smpaila jd sedih sgt2. tp sy x sedar. sy seorg yg bertuah. sy ade byk family. sy lain dr org. skrg sy dah besar, sy ade tanggungjawab besar. sy bangga. sy belajar utk menghargai insan2 sy syg. sepenuh hati. dan dgn hati yg puas!
.
.
.
p/s: mereka selalu pesan kpd saya satu benda ni, "no matter what, JGN tinggal sembahyang tau! x kira senang susah kene sembhyg jugak. itu tiang agama. mcm tu jugak kalau nk cari calon, x pyh nk cari muka cantik2. cukup dgn sembhyg sudah, dan boleh bimbing kita"
=)